Sunday, January 10, 2016

  "Dik kenapa adik pakai macam ni  ? Adik tak terasa ke adik diperhatikan ?"
 
  Tiba tiba aku mendapat kekuatan untuk menegur seorang wanita yg lalu di hadapan akuu  .. 
 
  " Kau dah kenapa hah  ? Kau ingat kau tu dah alim sangat ke nk tegur aku  ? Kenapa  ? Kau ingat pakaian kau dah sempurna sangat ke  ? Kalau setakat pakai macam orang nak berkabung baik duduk diam diam dalan rumahh je laa  . Ada hati nak tegur aku  !"

 "Nak menegur tak semestinya alim dik tapi dah tanggungjawab...   "

 Belum sempat aku meneruskan kata , dia terlebih dahulu memintas 
 
 "Alaa akak tu dah tua tak apa laa akak nak pakai tutup serba serbi  , ye laa kan semua dah tak cantik  , nanti saya tua macam akak sy tutup laa semua ni  , kecoh laa dia nii  . "
 
 Dengan angkuh dia berjalan pergi meninggalkan aku tanpa sempat aku meneruskan ucapankuu  .. 

  Bersama hati yang hiba aku meneruskan langkah aku dan tiba tiba telinga ku menangkap bunyi yang amat kuat dari arah belakang  . Kelihatan orang ramai meluru ke arah bunyi tersebut  .. 

 Aku yang terkedu terkejut apabila mendengar laungan orang ramai . Rupa rupanya satu kemalangan telah berlaku . Dengan segera aku turut menuju ke sana  . 

 Alangkah terkejutnya aku apabila menyedari bahawa wanita yang ku tegur sebentar tadi adalah mangsa kemalangan  . Keadaannya amat memilukan  . Dengan bajunya terkoyak sehingga menampakkan bahagian dadanya  , mukanya hancur di bawah tayar kereta yang melanggarnya dan kakinya tercabut ke hujung jalan  . 
 
  Allahurabbi  , ampunkan dirinya  . Hanya itu yang aku mampu lakukan untuk dia  . 

 Ternyata janji Allah itu benar. ..

Bahawa  ...
~ Mati itu pasti dan semua yang hidup pasti akan merasainya ~
Tidak mengira usia dan di mana  .. 

Jika di waktu hayatmu kamu sendiri yg membuka keaiban mu maka tidak mustahil jika di waktu matimu Allah sendiri yang akan membuka aibb mu  .. 

Walaupun terasa gagal menyedarkan dirinya namun sekurangnya aku telah melaksanakan tanggungjawab aku sebagai mukmin dan semoga usaha aku yang sedikit ini mampu menolongku di akhirat kelakk  .. Aamiin yaa Rabb  .. 😰😰😰

Thursday, January 7, 2016

 



  "Beb , aku nak kau bersama aku tak kira saat aku susah atau senang . Aku nak kau pimpin aku ke jalan yang benar , aku nak kita sama-sama masuk syurga . Boleh tak kau janji dengan aku ? " luah Aiman pada Wan .

 "InsyaAllah aku cuba , tapi aku tak janji sebab kau sendiri tahu kan akibatnya . Tapi selagi aku bernyawa aku cuba . Kita sentiasa bersama eak  ??

  Masih terngiang - ngiang perbualan aku dan Wan Syakir Aiman minggu lepas sebelum kami berpisah mata . Namun hari ini berita tentang kemalangan yang meragut nyawanya menjengah pendengaran telinga aku .


"Mak cik , Eiman ada tak ? Saya nak cakap dengan dia boleh ?Saya Wan . "
" Wan , mak cik nak minta maaaf ,  kamu tak boleh cakap dengannya , kerana dia dah tak mampu nak bersuara ketika ini . "
"Apa maksud mak cik ? "
"Dia dah pergi untuk selamanya nak ,  d..d..dia terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke rumah kamu untuk maraikan hari ulang tahun kamu . "



Ya Allah , aku takk kuat .. rupanya suara dia meminta aku bersamanya adalah suara terakhir yang aku dengar .
 ~Man , kau minta aku untuk bersama tapi engkau yang pergi dulu , kenapa ? Tapi aku redha sebab aku ingat pesan kau dulu 'Walau sejauh mana kita berpisah tolong jangan biarkan doa sesama kita turut terpisah '

Ya man , aku ingat pesan kau dan aku akan sentiasa ingat kau , kau pergi di saat kau ingin menghadiahkan aku kejutan dan ternyata pemergiannmu memang benar benar kejutan untukkku .

Terima kasih sahabat kerana pernah hadir dalam hidupku , pernah menceriakan aku , dan selalu bersamaku . InsyaAllah akuu kan sentiasa bersamamu , kita bersatu dalam doa kudusku untukmu sayang ..

SELAMAT TINGGAL SAHABATKU ~

   

Saturday, October 31, 2015


 ~ APA PANDANGAN ALLAH PADAKU ?? 


Orang kata kita lemah
Orang kata kita hina
Orang kata kita rendah
Orang juga kata kita mulia


Kenapa perlu kata kata orang itu yang dikisahkan sedangkan apa yang Allah kata kita tak kisah ..
Ubahlahh ..biasakan yang betul ,,  betulkan yang biasa ..
  Biar segalanyaa .. Allah yang utamaa ..


Adakah Allah nak pandang ??
Inikah ujian dariNya  ?
Bagaimanakah balasan Allah kepadaku  ??

Segala persoalan yang terbit akan menghapuskan semua kata kata orang terhadap kita ,,
~wallahualam~
#BerkorbanDemiAgama
#MencapaiRedhaIllahi

            BILA ALLAH HANTAR SAHABAT

              " Merenung keluar jendelaa  .. melihat kebesarannyaa  .. "
        Deringan telefon menyedarkan aku dari khayalan ..

              "Assalamualaikum , beb kau kena tolong aku , aku perlukan kau sekarang . "
         " Waalaikumussalam , kenapa nii Qil  ?? Kau okey ke tak ? "
          "Aku nak kau tolong aku kembali ke jalan yang benar Wisy , aku dah jauh tersasar , aku tersilap langkah , aku terpedaya dengan hasutan dunia dan a..a..kk..ku lalai dengan godaan dunia . Aku tak kuat Wisy . "
      "Sabar Qil , insyaAllah aku tolong kau , apa guna sahabat kalau aku terus biar kau hanyut , sedangkan aku mampu tolong kau . "
      "Thanks beb , aku sebenarnya dah hilang arah tujuan . Kerana seorang manusia aku buang keluarga aku , kerana hasutan manusia yang dulu aku kata sahabat , aku semakin jauh dari Allah , aku menyesal beb , aku tak ada sesiapa dah sekarang , aku malu dengan korang , aku malu dengan Allah . Hinanya aku hidup atas bumiNya .."
    " Allah ,, istighfar Qil ,, Innallahaghafururrahim .. Kau tak boleh lemah , kau ada aku , kau ada sahabat-sahabat kita yang lain , dan yang paling penting kau ada Allah . Alhamdulillah dia tarik kau kembali kepadanya sebelum terlambat , sekarang , kau tenangkan fikiran , pergi ambil wudhuk kau buat solat sunat taubat , yakin dan percayalah kepadaNya . Dia dah lama rindu nak dengar rintihan kau. "
   "Ya Wisy , aku cuba , terima kasih sebab bersama aku . Aku pergi dulu . Bhai ."

...................................................................................................................................................................

  Aqil , dulu kau tinggalkan kami kerana inginkan kemewahan dunia .. Dulu kau pergi bersama dirinya untuk mengejar kebahagiaan dunia yang sementara , dulu kami menangisi kepergiannmu yang semakin jauh tersasar ..

 Tapi kini , kau kembali , kembai bersama kami , kembali bersujud kepadaNya dan kembali mensyukuri kurniaanNya .. Alhamdulillah Ya Allah ,, sesungguhnya apabila bersahabat bersama orang yang beriman  kepada Allah , persahabatan itu akan kekal meski ombak badai melanda .....


  "Wahai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah , dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar .. "  (at-Taubah:119)

#JumpaDiSyurga


Monday, July 6, 2015

                                                 ~SAHABAT KERANA ALLAH ~
                          

      "Tolong menolong lah kamu dalam kebaikan .. "

 Alhamdulillah  , berkat campur tangan sahabat - sahabat dalam kes ni , akhirnya menemui jalan penyelesaian sekaligus membawa kepada perubahan dalam hidup ku ..

                                                         .......................................

"Asy , aku dengar sekarang ni kau couple , betul ke ? tanya Wan Adib Aqil kepada sahabatnya , Amirul Asyraff .
"Alaa ,, kau ni Dyb , relaxs okey , chill laa .. Aku bukan ape , lagipun dia dah lama rapat ngan aku , lama - lama aku rasa aku sayang dia , so aku couple la , jangan lah kecoh sangat beb ! "
"Serious kau couple Asy ? Hei , aku tak caye lah kalau geng kita ada kes couple - couple nii .. kan Syak ? " luah Eyd yang kebetulan terdengar perbualan aku ngan Dyb ..


                                                  .................................................
"Aku kena tolong sahabat aku . Tapi aku tak mampu bergerak sendiri . Maafkan aku Asy , aku terpaksa cakap kat geng kita , bukan nak burukkan kau , tapi aku tak boleh biarkan kau hanyut . Aku sayang kau .. " Dyb bermonolog dengan dirinya sendiri ..

  Geng , esok aku nak jumpa korang , tempat biasa lepas solat zohor berjemaah , jangan bagi tau Asy .
Dyb menghantar pesanan kepada ahli RAFENZS .

Keesokan harinya ,,
  " Kau kenapa nak jumpa kitorang ? Macam ada something besar je nak cakap ? " soal Fyq .
 " Ha'ah laa ,, kenapa ni Dyb ? Ce cite ce citer ? Aku lapar ni , kang satgi aku telan kau ! " Ray tetap dengan lawak 'antarabangsanya' .

Allahuma rabbi yassir wala tuassir ,, bismillah ,, Dyb meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah ..

" Sebelum aku cerita ni , aku harap korang boleh terima dan jangan cepat melatah , sebab dia perlukan kita saat ini , so , aku harap sangat korang bersama aku nak sedarkan dia " Dyb memulakan bicara ..
"Eyh , Wan Adib Aqil , cuba kau cakap betul - betul , siapa dia yang kau maksudkan , dan kenapa kau tak bagi Asy ada sama ? Aku pening laa bro ! " Baran Zul dah tiba bila berdepan situasi camni .

"Asy tu lah dia yang aku maksudkan . Dia .. dia .. dia couple beb ! C.O.U.P.L.E ! Dia memang dah tahap teruk beb , sampai bersayang - sayang ngan makwe dia , 24 jam berkepit dengan handphone dia , aku bimbang laa ,, aku takut dia tersesat , that's why aku nak jumpa korang . sebab aku tahu aku xkuat sendiri ." Dyb menitiskan air mata membuka perihal Asy .

"Dyb , sabar , insyaAllah kitorang bersama kau , Asy tu sahabat kita kan ,, tak mungkin kami pinggirkan dia , kau sabar eak ? nanti kita fikirkan cara nak tolong sedarkan Asy tu .. " Syak bersuara menenagkan emosi Dyb .

" Aku rasa , kita kena berdepan dengan dia , kita kena luahkan apa yang kita rasa dan dia pun luahkan apa yang dia rasa dengan apa yang dia buat , rugi kalau Asy bazirkan masa dia begitu aje , kita dah lah nak SPM tahun ni , aku yakin , dia hanya tergelincir , insyaAllah kita masih boleh tarik dia kembali ke jalan kebenaran ." pertama kalinya Nabil bersuara .
                                              ...................................................

Ya Allah , aku tak sangka aku punya sahabat yang sayang aku begitu sekali , aku terleka dari rahmatMu Allah , " luah Asy di sebalik dinding bangunan sekolah .
  Rupa-rupanya Asy telah mendengar semua perbualan mereka tentang dirinya . Pada mulanya dia inagatkan mereka hendak mengutuk dan meninggalkannya , tetaapi , Allah itu maha besar , mereka telah memilih untuk terus bersamanya . Allah ..

 Aku harus berubah ! Aku dah tersilap memilih langkah !
 " Dyb , Eyd , Fyq , Ray , Syak , Syaz , Zul dan Nabil , aku nak mintak maaf dengan korang , aku dah banyak buat hati korang tak tenteram ,aku dah timbulkan masalah dalam persahabatan kita , kerana dia , aku kurang masa bersama korang , aku sedar aku dah silap , Allah dah hantar korang untuk sedarkan aku , Syukran guys utk semuanya .. " Teresak - esak Asy berbicara ..

" Allahuakbar , Alhamdulillah , Allah dah makbulkan doa kita guys , Asy dah kembali pada kita, kau dah berubah Amirul ASyraff , aku sayang kau , kami dah maafkan kau , kan guys ?? Syazwan mewakili sahabatnya yang lain .

Kini ,, kami bersatu dalam satu saff "RAFENZS" . meskipun nama yang tercipta seolah - olah tiada makna , namun RAFENZS ini lah yang telah menyatukan kami , dalma satu ikatan yang terikat kukuh ..
Syukur Allah .. Kerna ku adaMU tuhann ,,

~Bersama menggapai mardhotillah demi menuju syurga dalam satu saff ~ insyaAllah ..