Sunday, January 10, 2016

  "Dik kenapa adik pakai macam ni  ? Adik tak terasa ke adik diperhatikan ?"
 
  Tiba tiba aku mendapat kekuatan untuk menegur seorang wanita yg lalu di hadapan akuu  .. 
 
  " Kau dah kenapa hah  ? Kau ingat kau tu dah alim sangat ke nk tegur aku  ? Kenapa  ? Kau ingat pakaian kau dah sempurna sangat ke  ? Kalau setakat pakai macam orang nak berkabung baik duduk diam diam dalan rumahh je laa  . Ada hati nak tegur aku  !"

 "Nak menegur tak semestinya alim dik tapi dah tanggungjawab...   "

 Belum sempat aku meneruskan kata , dia terlebih dahulu memintas 
 
 "Alaa akak tu dah tua tak apa laa akak nak pakai tutup serba serbi  , ye laa kan semua dah tak cantik  , nanti saya tua macam akak sy tutup laa semua ni  , kecoh laa dia nii  . "
 
 Dengan angkuh dia berjalan pergi meninggalkan aku tanpa sempat aku meneruskan ucapankuu  .. 

  Bersama hati yang hiba aku meneruskan langkah aku dan tiba tiba telinga ku menangkap bunyi yang amat kuat dari arah belakang  . Kelihatan orang ramai meluru ke arah bunyi tersebut  .. 

 Aku yang terkedu terkejut apabila mendengar laungan orang ramai . Rupa rupanya satu kemalangan telah berlaku . Dengan segera aku turut menuju ke sana  . 

 Alangkah terkejutnya aku apabila menyedari bahawa wanita yang ku tegur sebentar tadi adalah mangsa kemalangan  . Keadaannya amat memilukan  . Dengan bajunya terkoyak sehingga menampakkan bahagian dadanya  , mukanya hancur di bawah tayar kereta yang melanggarnya dan kakinya tercabut ke hujung jalan  . 
 
  Allahurabbi  , ampunkan dirinya  . Hanya itu yang aku mampu lakukan untuk dia  . 

 Ternyata janji Allah itu benar. ..

Bahawa  ...
~ Mati itu pasti dan semua yang hidup pasti akan merasainya ~
Tidak mengira usia dan di mana  .. 

Jika di waktu hayatmu kamu sendiri yg membuka keaiban mu maka tidak mustahil jika di waktu matimu Allah sendiri yang akan membuka aibb mu  .. 

Walaupun terasa gagal menyedarkan dirinya namun sekurangnya aku telah melaksanakan tanggungjawab aku sebagai mukmin dan semoga usaha aku yang sedikit ini mampu menolongku di akhirat kelakk  .. Aamiin yaa Rabb  .. 😰😰😰

Thursday, January 7, 2016

 



  "Beb , aku nak kau bersama aku tak kira saat aku susah atau senang . Aku nak kau pimpin aku ke jalan yang benar , aku nak kita sama-sama masuk syurga . Boleh tak kau janji dengan aku ? " luah Aiman pada Wan .

 "InsyaAllah aku cuba , tapi aku tak janji sebab kau sendiri tahu kan akibatnya . Tapi selagi aku bernyawa aku cuba . Kita sentiasa bersama eak  ??

  Masih terngiang - ngiang perbualan aku dan Wan Syakir Aiman minggu lepas sebelum kami berpisah mata . Namun hari ini berita tentang kemalangan yang meragut nyawanya menjengah pendengaran telinga aku .


"Mak cik , Eiman ada tak ? Saya nak cakap dengan dia boleh ?Saya Wan . "
" Wan , mak cik nak minta maaaf ,  kamu tak boleh cakap dengannya , kerana dia dah tak mampu nak bersuara ketika ini . "
"Apa maksud mak cik ? "
"Dia dah pergi untuk selamanya nak ,  d..d..dia terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke rumah kamu untuk maraikan hari ulang tahun kamu . "



Ya Allah , aku takk kuat .. rupanya suara dia meminta aku bersamanya adalah suara terakhir yang aku dengar .
 ~Man , kau minta aku untuk bersama tapi engkau yang pergi dulu , kenapa ? Tapi aku redha sebab aku ingat pesan kau dulu 'Walau sejauh mana kita berpisah tolong jangan biarkan doa sesama kita turut terpisah '

Ya man , aku ingat pesan kau dan aku akan sentiasa ingat kau , kau pergi di saat kau ingin menghadiahkan aku kejutan dan ternyata pemergiannmu memang benar benar kejutan untukkku .

Terima kasih sahabat kerana pernah hadir dalam hidupku , pernah menceriakan aku , dan selalu bersamaku . InsyaAllah akuu kan sentiasa bersamamu , kita bersatu dalam doa kudusku untukmu sayang ..

SELAMAT TINGGAL SAHABATKU ~